SSQS (Smart School Qualification Standards) adalah sistem penarafan bintang yang dicapai oleh sekolah-sekolah seluruh Malaysia. Pada tahun 2019 penarafan bintang bagi SMK Pulau Gaya adalah 4 bintang (⭐️⭐️⭐️⭐️), sama seperti pada tahun 2018. Manakala pada tahun 2017 dan tahun-tahun sebelumnya, SMK Pulau Gaya mendapat penarafan 3 bintang (⭐️⭐️⭐️). Sejarah permulaan SMK Pulau Gaya mengisi penerafan SSQS ialah pada tahun 2012 lagi.
Tujuan pelaksanaaan SSQS adalah untuk menilai amalan-amalan terbaik bagi pembudayaan ICT di semua sekolah di seluruh negara. Aplikasi ini digunakan untuk membuat kajian dan mendapatkan maklumbalas berkaitan pembudayaan dan penggunaan ICT di sekolah. Objektif utama SSQS menjadi satu sistem petunjuk untuk mengukur penggunaan ICT dalam pendidikan, selain itu memperkasakan (empower) guru dan murid.
SMK Pulau Gaya telah siap melaksanakan pengisiaan SSQS pada tahun 2020 dan diharap sekolah dapat mengekalkan penarapan 4 bintangnya. Jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat, terutama semua responden dari SMK Pulau Gaya yang mengisi SSQS tahun 2020 iaitu :
1. Puan Pengetua
2. 32 orang guru
​3. 30 orang pelajar.

Lihat Juga : SMK Pulau Gaya

Please follow and like us:

Leave a Reply