17 Julai 2020. Cikgu Mariani John D. Sibatu @ Marylyn telah mengikuti pertandingan Konvensyen Kumpulan Inovatif dan kreatif (InKIK 2020), Zon Kota Kinabalu Tahun 2020 (Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Ranau) mewakili SMK Pulau Gaya. Dalam pertandingan tersebut beliau membentangkan novasi JPI ( Jadual Pendaraban Indeks) yang digunakan untuk membantu pelajar dalam menyelesaikan soalan pendaraban indeks dengan mudah. JPI ini juga di gunakan oleh guru dalam kelas sebagai Alat Bantu Mengajar yang berkesan. Cikgu Mariani berpengalaman mengajar mata pelajaran Matematik selama 18 tahun.
Syabas dan Tahniah kepada Cikgu Mariani kerana mendapat Anugerah Perak dalam pertandingan INKIK inovasi 2020 zon ( Kota kinabalu, Penampang dan Ranau). Semoga kejayaan beliau dapat memberi inspirasi kepada warga SMK Pulau Gaya dalam menghasilkan inovasi dalam pendidikan. Inovasi beliau juga telah di kongsikan dalam bengkel antarabangsa di Thailand (lihat disini..).
Lihat juga : SMK Pulau Gaya