Tahniah dan terima kasih kepada Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Kota Kinabalu dan AADK Negeri Sabah bersama Jabatan Pendidikan Negeri Sabah atas penganjuran Webinar Program Sayangi Hidup Elak Derita Selamanya (SHIELDS) 2020 pada 4 November 2020 secara maya di Google Meet. Program ini dikendalikan oleh Cikgu Ruslan Pili, Cikgu Nur Hafizah binti Sahat dan beberapa pegawai AADK dengan penyertaan seramai 100 orang murid SMK Kolombong. Antara pengisian program tersebut ialah ceramah mengenai kesihatan, psikologi dan Ikon AADK yang disampaikan oleh pegawai AADK Kota Kinabalu dan para pensyarah dari Universiti Malaysia Sabah. Aktiviti kuiz juga telah dijalankan selepas ceramah berlangsung. Selain itu, Pertandingan Tiktok dan Video Pendek akan dianjurkan 2 hari selepas program ini. Para peserta juga diberikan hadiah dan sijil penyertaan peringkat negeri. Semoga perkongsian ini dapat memberikan manfaat kepada semua murid SMK Kolombong.

 

 

 

Leave a Reply