Pada 6 November 2020, pihak pentadbir diketuai oleh Pengetua SMK Kolombong, Dr. Justin bin Rumpod telah mengadakan Taklimat Tatacara Pelaksanaan Peperiksaan Offsite SMK Kolombong 2020 secara maya di Google Meet. Taklimat ini telah dihadiri oleh seramai 100 orang guru dan dibantu oleh juruteknik sekolah, Cik Fazian Azian binti Saidin. Beberapa perkara penting mengenai pelaksanaan peperiksaan secara online dan offline telah dikongsikan kepada guru-guru dan prosedur peperiksaan tersebut akan dimaklumkan kepada ibu bapa dan penjaga murid melalui pelantar media sosial SMK Kolombong pada hujung minggu ini. Kerjasama semua pihak amat penting dalam memastikan yang terbaik untuk pencapaian akademik murid-murid sekolah ini. Semoga dipermudahkan urusan warga SMK Kolombong dan ibu bapa serta penjaga murid.