



Pada 1 November 2020, Taklimat DELIMa dan Sistem Kehadiran PdPR Murid telah diadakan secara maya menggunakan pelantar media Google Meet. Seramai 30 orang guru dan murid SMK Kolombong terlibat dan taklimat ini disampaikan oleh Guru Penyelaras Bestari SMK Kolombong, Cik Nur Hafizah binti Sahat. Semua guru dan murid diberikan penerangan mengenai fungsi dan kegunaan Pelantar Pendidikan Digital DELIMa yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Semakin ramai guru dan murid yang berminat menggunakan pelantar digital ini walaupun terdapat masalah talian internet di kawasan kediaman mereka. Sistem Kehadiran PdPR Murid dilaksanakan bagi memudahkan pihak sekolah melihat status kehadiran murid yang mengikuti kelas online bersama guru-guru. Murid hanya perlu mengisi nombor kad pengenalan di Google Form dan status kehadiran murid boleh dilihat dalam sistem data mengikut tingkatan. Semoga pelantar digital DELIMa dan sistem kehadiran ini dapat dimanfaatkan sebaiknya oleh warga pendidik dan murid-murid sekolah di SMK Kolombong.

