30/10/2020. Dialog Prestasi SMK Pulau Gaya bersama PPD Kota Kinabalu secara Maya telah dilaksanakan menggunakan medium Google Meet. Dialog ini membincangkan persediaan serta strategi yang diambil oleh pihak sekolah melalui Panitia serta guru-guru mata pelajaran SPM tahun 2020. Dialog yang dipengerusikan oleh Puan Kinit Tagok, Pengetua SMK Pulau Gaya telah dihadiri oleh guru-guru SMK Pulau Gaya serta Pegawai-pegawai dari PPD Kota Kinabalu bersama Puan Tah Nia Bte Hj. Jaman Pegawai Pendidikan Daerah Kota Kinabalu.
Dialog yang bermula dari jam 9.30 pagi dan berakhir pada jam 3.00 petang telah membincangkan banyak perkara berkaitan perlaksanaan dan strategi yang di gunakan oleh guru-guru mata pelajaran dalam membantu pelajar menguasai mata pelajaran berdasarkan tahap penguasaan sedia ada pelajar. Setiap panitia juga mempunyai strategi yang berbeza dalam merancang dan melaksanakan intervensi kepada pelajar mereka. Komen dan cadangan daripada pasukan PPD, SIP+ dan SISC+ merancakkan lagi perbincangan yang penuh dengan suasana keterbukaan dan semangat kerjasama antara dua entiti pendidikan yang saling berkait.
Semoga semua dapatan dari perbincangan tersebut menjadi pemangkin kepada guru-guru yang mengajar di tingkatan lima khasnya dan semua guru-guru SMK Pulau Gaya amnya mempertingkatkan lagi usaha untuk melonjakkan kuantiti dan kualiti keputusan akademik pelajar-pelajar SPM SMK Pulau Gaya pada tahun ini.
Lihat juga : SMK Pulau Gaya
Kehadiran dialog prestasi 2020