NUR SHAHEEN IZAZI BERJAYA KE PERINGKAT SUKU AKHIR DALAM PERTANDINGAN KARATE “20 th MILO INTERNATIONAL OPEN KARATE CHAMPIONSHIP KL 2019”

NUR SHAHEEN IZAZI BERJAYA KE PERINGKAT SUKU AKHIR DALAM PERTANDINGAN KARATE “20 th MILO INTERNATIONAL OPEN KARATE CHAMPIONSHIP  KL 2019”

07 Julai, 2019: Seorang pelajar SK Tobobon telah menyertai 20th Milo International Open Karate Championship KL  yang telah diadakan di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur. Program ini dianjurkan oleh Persatuan Karate Wilayah Persekutuan, Putrajaya. Nur Shaheen Izazi binti Imtiaz Ali, murid tahun 5 Cekap SK Tobobon KK telah berjaya hingga ke peringkat suku akhir dalam 2 acara iaitu acara Kata Individu Perempuan 10-11 tahun dan acara Kumite Individu Perempuan 10-11 tahun (-35kg).

Pasukan beliau telah meraih kedudukan ke-11 (2 emas, 4 perak, 4 gangsa) daripada 50 lebih kelab karate daripada beberapa buah negara yang menyertai seperti Malaysia, Singapura, Indonesia, Filipina, India, Kuwait, Nepal, Pakistan, dan Sri Lanka.

Tahniah, Nur Shaheen Izazi!
Beliau juga akan menyertai pertandingan “Shureido Cup Karate” juga peringkat antarabangsa yang akan dianjurkan oleh Persatuan Karate Negeri Sabah (SKA) di Kota Kinabalu pada Ogos 2019 nanti. Semoga berjaya!

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply