2 Ogos 2019 : Setelah sekian lama menunggu keputusan akhirnya terlerai juga. Alhamdulillah 2 pasukan SK Tobobon termasuk dalam senarai 30 pasukan yang terpilih di seluruh Malaysia untuk bertanding di peringkat kebangsaan, iaitu Petrosains RBTX Challenge , Grand Final yang akan diadakan pada 24 Ogos di Shah Alam. Dua pasukan tersebut adalah Winter Duo yang dianggotai oleh D’Nur Dhia Danisha Binti Ma’azlan dan Nurul Syuhada Farihah Binti Mustal dan Thunder Squad iaitu Muhammad Fudail Danish Bin Muhammad Fauzee. Semoga kedua-dua pasukan tersebut akan berjaya mengharumkan negeri Sabah khususnya SK Tobobon, Insha Allah.