21 FEBRUARI 2025 – Pelaksanaan dan Pelancaran Program Malaysia Future Leaders School (MFLS) Tier 1 SMK Taman Tun Fuad Kota Kinabalu peringkat negeri Sabah telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Tun Fuad, SMK Taman Tun Fuad. Tujuan program MFLS Tier 1 diadakan adalah untuk ada memberi kefahaman dan gambaran yang lebih jelas kepada para pelajar mengenai program MFLS, pengenalan menghayati lima (5) elemen yang akan dipelajari dalam program MFLS iaitu kepimpinan, kenegaraan, pembentukan watak dan jati diri, kesukarelawanan dan keusahawanan. Program ini melibatkan pelajar tingkatan 4 dan 5 serta pelajar tingkatan 3 Amanah dan 3 Bestari. Aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan dalam program MFLS Tier 1 2025 ini diharap mampu memberi impak positif kepada para pelajar di SMK Taman Tun Fuad.

 

Pelancaran program MFLS Tier 1 ini telah dirasmikan oleh En. Muddin Bin Beting – Timbalan Pengarah Sektor Pembangunan Murid Jabatan Pendidikan Negeri Sabah turut disertai oleh En. Amizie Salleh – Penolong Pengarah Akademi Kenegaraan Malaysia Negeri Sabah (AKMNS). Turut hadir dalam majlis pelancaran ini, Pn. Andi Fitri binti Muis, Penolong Pegawai Unit HEM, SPM PPDKK. Diharapkan program ini dapat mencapai matlamat untuk melahirkan pemimpin MFLS yang berdisiplin, berhemah, dan mengamalkan nilai kepimpinan secara berterusan. Dengan itu, Program MFLS 2025 diharap memberi impak besar dalam membentuk pemimpin masa depan yang unggul.

 

 

Leave a Reply