17 Februari 2025 – Hari pertama sesi persekolahan tahun 2025 di SMK Taman Tun Fuad telah berjalan dengan lancar. Pn Halija binti Hj Jonggang, Pengetua SMK Taman Tun Fuad bersama ahli pengurusan menyambut kehadiran murid seawal 6.30 pagi di Serambi Dun. Turut hadir ialah ASP Mohd Khairul Anuar bin Pak Dek, Pegawai Perhubungan Polis, AJK PIBG SMK Taman Tun Fuad dan wakil pegawai Pendidikan Daerah Kota Kinabalu. Perhimpunan rasmi diadakan di Dewan Tun Fuad. Seterusnya taklimat Disiplin dan peraturan sekolah telah disampaikan oleh En. Abd Basid bin Md Buraisal, Ketua Setiausaha Disiplin. Aktiviti lain yang turut dijalankan termasuklah Orientasi Murid Baharu Tingkatan 1, Ujian Diagnostik bagi murid Tingkatan 1, kebersihan dan keceriaan kelas, mereka cipta slogan dan logo kelas serta seni origami. Pengisian aktiviti yang dilaksanakan sepanjang minggu pertama persekolahan ini diharap dapat menarik minat murid untuk hadir ke sekolah serta memberikan suntikan semangat dan motivasi untuk memanfaatkan masa persekolahan mereka dengan sebaiknya.