4 Mac 2024 – Pendaftaran Tingkatan 1 sesi 2024 telah dijalankan bertempat di dewan SMK Taman Tun Fuad. Antara objektif program ini ialah untuk mengurus penerimaan dokumen murid dengan cekap, membuat kutipan sumbangan PIBG dan bayaran barangan keperluan murid, melaksanakan agihan barangan koperasi dengan lancar dan membudayakan amalan KBAT dalam pengurusan aktiviti sekolah. Antara pengisian program ini ialah pembukaan kaunter-kaunter penerimaan dokumen, kaunter PIBG, kaunter pengurusan rumah sukan , kaunter pembukaan akaun dan kad debit Hong Leong Bank bagi tujuan penggunaan secara “cashless” dan agihan barangan keperluan koperasi. Sebanyak 17 buah sekolah saluran yang disenaraikan untuk mendaftar di SMKTTF bermula jam 7:00-9:00 pagi untuk (sesi 1), 9:20-11:00 pagi (sesi 2) dan jam 11:30 pagi-1:20 tengah hari (sesi 3). Diharapkan agar pendaftaran tingkatan 1 akan berjalan lancar dan pengumpulan dokumen dapat diurus dengan lebih cekap serta teratur.

Kaunter Hong Leong Bank
-Pembukaan akaun dan kad debit untuk perkhidmatan “Cashless”

Kaunter koperasi

Kehadiran ibu bapa pada awal pagi

Kaunter penerimaan dokumen PPKI

Kaunter pengagihan rumah sukan

Sesi pendaftaran dan penerimaan dokumen berjalan dalam keadaan terkawal


Pengagihan barang koperasi


Kaunter penerimaan dokumen dan kaunter PIBG

