KUNJUNGAN KASIH KE PUSAT JAGAAN OKU

KUNJUNGAN KASIH KE PUSAT JAGAAN OKU

Pada 17 Jun 2023 bersamaan hari Sabtu yang lalu, Panitia Pendidikan Moral dari SJKC St.James telah menganjurkan  lawatan ke Pusat jagaan OKU Leshan Kota Kinabalu.

 

Lawatan ini dimeriahkan dengan kehadiran pihak PIBG SJKC St.James yang diketuai oleh Pengerusi PIBG,Puan Josephine Lai. Pelbagai syarikat swasta turut memberi sumbangan dalam bentuk barangan dan wang tunai. Antaranya ialah C-Care Enterprise telah menyumbang barangan pencuci baju dan pencuci mangkuk bernilai RM1000.  Syarikat Ayam Tua juga telah menyumbang baucer sebanyak RM300 kepada Pusat Jagaan OKU Leshan Kota Kinabalu.

 

Diharapkan program komuniti masyarakat ini dapat memberikan pengalaman yang berharga keapda warga SJKC St.James selain dapat menabur bakti kepada masyarakat khususnya kepada golongan OKU.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply