14 – 15 Jun 2023 – SMK Taman Tun Fuad, tuan rumah Kejohanan Catur Sekolah Menengah Peringkat MSSD Kota Kinabalu pada kali ini telah mendapat sambutan penyertaan daripada sekolah-sekolah menengah dalam PPD Kota Kinabalu. Sebanyak 20 buah sekolah dan seramai 233 orang murid telah menyertai kejohanan pada kali ini. Kejohanan Catur ini merupakan program tahunan Sektor Pembangunan Kemanusiaan Pejabat Pendidikan Daerah Kota Kinabalu di bawah kelolaan unit sukan. Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Tun Fuad telah diberi tanggungjawab untuk menjadi tuan rumah bagi kejohanan catur sekolah menengah kategori lelaki dan perempuan bawah 15 tahun dan bawah 18 tahun. Kejohanan ini sangat releven dengan kehendak Kementerian Pendidikan iaitu untuk mencungkil bakat dan mengetengahkan bakat-bakat baru serta mengasah bakat sedia ada dan membentuk peribadi murid sejajar dengan JERIS yang ditekankan dalam sistem pendidikan Malaysia.
Berikut adalah keputusan Kejohanan Catur Sekolah Menengah peringkat daerah Kota Kinabalu 2023:
Tahniah dan syabas kepada semua pemenang.
Pihak sekolah juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada En. Bunsu bin Hj. Gaga, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Kota Kinabalu kerana sudi merasmikan majlis penutupan kejohanan catur pada kali ini.