Program Minggu Pertama Pembukaan Sekolah Sesi 2023/2024 di SMK Taman Tun Fuad

Program Minggu Pertama Pembukaan Sekolah Sesi 2023/2024 di SMK Taman Tun Fuad

20 Mac 2023 – Sebagaimana yang kita sedia maklum, 20 Mac 2023 merupakan hari pertama persekolahan pada sesi 2023/2024 dan fokus utamanya bukan kelas akademik. Sebaliknya, ia diisi dengan penerapan nilai-nilai jasmani, emosi, rohani, sosial dan intelek. Antara objektif pendekatan baharu ini ialah untuk mewujudkan suasana ceria, selamat, bermakna dan terancang, memupuk sikap bekerjasama dan persefahaman yang erat antara murid, guru, ibu bapa atau penjaga dan komuniti. Oleh hal yang demikian, pelbagai aktiviti telah diadakan untuk murid-murid di SMK Taman Tun Fuad. Dalam hal ini, program orientasi murid-murid Tingkatan 1 telah dijalankan di dewan terbuka sekolah. Aktiviti ini merupakan aktiviti yang dapat memudahkan murid-murid untuk bersuai kenal dengan guru-guru serta rakan-rakan baru di sekolah. Di samping itu, aktiviti sukan dan permainan dan aktiviti indoor di dalam kelas pula melibatkan murid-murid tingkatan 2 dan tingkatan 3. Seterusnya, program ceramah motivasi telah dijalankan untuk murid-murid tingkatan 4 dan 5. Tuntasnya, program atau aktiviti yang telah dijalankan ini bersesuaian bagi menyediakan pelajar dari segi sosial dan mental manakala nilai-nilai jasmani, emosi, rohani dan sosial sentiasa diutamakan dahulu bagi membentuk murid menjadi beradab, berakhlak dan berintegriti.  Program ini turut dilawati oleh rombongan PPDKK yang terdiri daripada Tn. Kassim bin Wiro, Timbalan Pegawai PPDKK, Tn. Adrian Denis Paut, Penolong Pegawai Teknologi Maklumat, Pn. Liew Ai Chang dan Tn. Mohd. Faizalhizam N. selaku Penolong Pegawai PPDKK.

 

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply