SJKC St.James- Sesi persekolahan 2023/2024 yang baru bermula pada 20 Mac ini telah diserikan dengan pelbagai aktiviti menarik yang telah diatur oleh pihak sekolah kepada murid-murid SJKC St.James.

 

Program ini telah mewujudkan suasana persekitaran yang ceria dan menyeronokkan sejajar dengan konsep murid ceria, guru bahagia, sekolah bitara, negara sejahtera. Secara tidak langsung, program ini juga menarik minat murid dengan pelbagai aktiviti santai seronok dan berkesan seperti ekspresi seni kreatif, permainan dalam kelas,permainan minda dan serlahkan potensimu. Tambahan pula, aktiviti seperti tayangan video dan senaman Zumba juga memberi impak yang positif kepada program ini.

 

Lawatan suntikan semangat daripada Penolong pengarah Sektor Pengurusan Sekolah JPN, Encik Chee Chi Hiung ke sekolah juga telah memeriahkan  program ini.

 

Majlis Pembukaan Sekolah yang  telah dihadiri oleh lembaga sekolah ,PIBG dan juga anggota PPS juga dilaksanakan agar murid-murid dapat lebih bersedia untuk menghadapi cabaran persekolahan bagi sesi 2023/2024.  Teruskan melangkah ke hadapan,warga St.James!

 

Leave a Reply

Proudly powered by Mohd Idremzizan