21 Mac 2023 – Unit Hal Ehwal Murid (HEM) telah mengadakan Ceramah Kesalahan Jenayah dan Kes Berat di SMK Taman Tun Fuad. Objektif program dilaksanakan adalah untuk memperkenalkan Pegawai Perhubungan Sekolah PPS SMK Taman Tun Fuad kepada warga sekolah, mewujudkan hubungan mesra dan kolaborasi yang lebih mantap di antara pihak sekolah dan pihak PPS serta membantu mencegah salah laku disiplin murid sekolah daripada terlibat dalam kegiatan jenayah dan perlakuan yang menyalahi undang-undang serta tidak bermoral sama ada di dalam atau di luar sekolah. Program ceramah tersebut telah disampaikan oleh Inspektor Alexander Michael, diikuti dengan Taklimat Keselamatan oleh SI Mohd Rashidi Nawawi. Program berjalan dengan baik dengan kerjasama yang kuat antara barisan pentabir, guru-guru dan pengawas sekolah.