SKK SJK( C ) St.James- Taklimat ibu bapa murid Tahun 1 telah diadakan pada 4 Februari 2023 (Sabtu).

Taklimat ibu bapa ini adalah untuk memberi pendedahan pelaksanaan Program Transisi 2023 kepada ibu bapa murid Tahun 1 yang akan bermula pada 20 Mac 2023 nanti. Tambahan pula, taklimat ini juga dijayakan dengan pendedahan kelas minat kokum seperti Wushu, gimrama dan ping pong kepada murid-murid Tahun 1.

Pembayaran yuran dan sesi suai kenal bersama guru kelas Tahun 1-6( 2023-2024) juga telah diadakan pada hari tersebut.

Kaunter penjualan Yakult, buku terpakai, Nutrigold dan Hong Leong Bank juga turut memeriahkan lagi taklimat ibu bapa murid tahun 1 ini.

Semoga taklimat ini memberi maklumat yang sahih dan jelas kepada ibu bapa.

 

 

Leave a Reply

Proudly powered by Mohd Idremzizan