SKK SJK( C ) St.James- Sambutan perayaan Tahun Baharu Cina telah diadakan pada 3 Februari 2023 ( Jumaat). Sambutan kali ini penuh dengan kemeriahan dan kegembiraan berbanding dengan tiga tahun sebelum ini atas sebab pandemik Covid -19.

Sambutan perayaan Tahun Baharu Cina SJK ( C ) St.James dimeriahkan dengan persembahan tarian singa, pemberian angpao dan majlis rumah terbuka di sekolah kepada semua murid. Tambahan pula, pelbagai persembahan seperti tarian dan nyanyian juga turut menyumbang kemeriahan perayaan ini.

Sambutan perayaan Tahun Baharu Cina  ini dilihat bukan sahaja memberi peluang kepada murid-murid dan guru untuk mengenali kepelbagaian budaya, malah  dapat memupuk semangat bekerjasama dalam menjayakan aktiviti bersama. Semoga Tahun Arnab ini membawa keamanan dan kemakmuran kepada semua.

Leave a Reply

Proudly powered by Mohd Idremzizan