SJKC St James telah menganjurkan program minggu Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia dan Bahasa Cina baru-baru ini. Program ini bertujuan untuk membantu murid-murid melibatkan diri samaada secara langsung atau tidak dalam proses pembelajaran dan penguasaan dalam ketiga-tiga bahasa ini. Tambahan pula, program ini dapat melahirkan murid meningkatkan minat dan kemahiran murid-murid SJKC St.James dalam berbahasa di samping mencungkil bakat murid agar dapat melahirkan murid berpotensi dalam berbahasa.
Pelbagai aktiviti telah dijalankan seperti pertandingan bercerita, syarahan, pertandingan menulis karangan, teka silang kata dan mencari perkataan telah dijalankan dalam program ini. Para pemenang mendapat sijil untuk pertandingan yang dipertandingkan.
.