SMK Taman Tun Fuad telah menghantar Pasukan ASMO Sains untuk menyertai Pertandingan Asian Science and Maths Olympiad (ASMO) 2021 secara dalam talian bagi subjek Sains peringkat sekolah pada 27 Mei 2021, peringkat negeri pada 24 Ogos 2021 dan peringkat kebangsaan pada 4 Disember 2021.

          Bagi peringkat sekolah, pasukan ASMO Sains SMKTTF adalah terdiri daripada 23 orang peserta yang merangkumi murid Tingkatan 1, 2 dan 3.  12 orang peserta mendapat Merit dan 6 orang lagi menjadi Medalist.  Daripada 23 orang peserta ini, seramai 18 orang peserta telah malayakkan diri ke peringkat negeri.

          Dalam peringkat negeri, seramai 5 orang peserta mendapat Merit, 4 orang lagi dianugerahkan Bronze dan seorang peserta Year 9, John Justine Langkab telah merangkul Silver.  Peserta-peserta Year 9 juga berjaya memenangi Second Runner Up Team Award. 

          Daripada 10 orang peserta yang layak mara ke peringkat kebangsaan,  2 orang murid Year 7, iaitu Agnes Bungan Singa dan Ain Nu Aisyah binti Mohammad berjaya mendapat anugerah Merit.  Jutaan terima kasih kepada pihak pentadbir sekolah yang memberi komitmen dan sokongan padu demi menjayakan program tersebut.

Leave a Reply

Proudly powered by Mohd Idremzizan