Langkawi, 10 Februari 2022 – Adik Mohammad SyahierAdham Raiman, murid tingkatan 2 Lavendar dari SMK Bandaraya Kota Kinabalu dengan bimbingan jurulatih hebat iaitu En. Zainal Madi, telah memenangi 1st DIV A dan 2nd OVERALL dalam Kejohanan LADA Langkawi International Regatta Perdana Kali Ke-18 2022.
Persatuan Pelayaran Kedah (KSA) dengan kerjasama Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Majlis Sukan Negeri (MSN) Kedah, dan Persatuan Pelayaran Malaysia (MSA) telah menganjurkan Kejohanan LADA Langkawi International Regatta Perdana Kali Ke-18 2022 dari 10 hingga 13 Februari 2022 bertempat di Pusat Latihan Perahu Layar Kebangsaan (MSN), Langkawi. Majlis perasmian kejohanan ini telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Ahmad Fuad bin Che Ani @ Abd Ghani, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) LADA. Seramai 220 orang peserta daripada 16 pasukan telah menyertai kejohanan pada kali ini. Kejohanan yang mendapat pengiktirafan World Sailing Grade 3 yang mempertandingkan tujuh kategori acara iaitu Laser Standard (ILCA 7), Laser Radial (ILCA 6), Laser 4.7 (ILCA 4), International 470 (Mix), International 420, Windsurfing (RS:One) dan Windsurfing (Bic Techno).
Berkat usaha gigih adik Mohammad SyahierAdham Raiman dari SMK Bandaraya Kota Kinabalu telah melayakkannya merangkul kemenangan 1st DIV A dan 2nd OVERALL dalam kejohanan tersebut. Warga sekolah amat berbangga dengan pencapaian adik Mohammad SyahierAdham Raiman. Pengetua sekolah, puan Rohani Hj Ramlee berharap agar lebih ramai lagi murid mencipta kejayaan dan berupaya menjadi warga sekolah yang berdaya saing sehingga ke peringkat antarabangsa.
Sepakat Cemerlang
KeranaMU
Biar Setitik Berkocak
Biar Setapak Bergerak