Pada 29 Januari 2021, Taklimat dan Perbincangan Kajian Rintis Programme For International Student Assessment (PISA) 2022 telah diadakan secara maya menggunakan pelantar media, Google Meet. Taklimat tersebut melibatkan Pegawai daripada Sektor Pembelajaran, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Pegawai Penyelaras KBAT Pejabat Pendidikan Daerah, para pentadbir sekolah, penyelaras PISA sekolah, pentadbir ujian dan guru ICT sekolah dari daerah Kota Kinabalu, Papar dan Tawau. Taklimat telah disampaikan oleh Puan Dayang Rukayah bt Awang Mahmun daripada Sektor Pembelajaran, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah. Beberapa perkara berkaitan pelaksanaan Kajian Rintis PISA telah dibincangkan dan kajian rintis tersebut akan dijalankan pada 7 dan 8 April 2021 mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan. Taklimat dan latihan akan diadakan pada bulan Februari secara maya untuk membantu semua sekolah yang terlibat.

Please follow and like us:

Leave a Reply