Pada 19 Januari 2021, Mesyuarat Guru/AKP Bil.1/2021 SMK Kolombong telah diadakan secara maya menggunakan pelantar media Google Meet. Seramai 100 orang guru terlibat dan beberapa perkara penting berkaitan persekolahan sesi 2021 telah dimaklumkan oleh Pengetua, Dr. Justin bin Rumpod, Penolong Kanan Pentadbiran, Encik Rusly Masalin, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Encik Norzalizan dan semua Ketua Bidang. Semua guru terlibat dengan Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) yang melibatkan kelas Tingkatan 1, 2 , 3, 4 dan 5 2021. Semua kelas Tingkatan 5 2020 akan berada di sekolah untuk sesi Pembelajaran Dan Pemudahcaraan (PdPC) secara bersemuka bermula 20 Januari 2021. Semoga dipermudahkan urusan semua guru untuk menyampaikan ilmu kepada murid-murid pada musim pandemik ini.