Pada 20 Januari 2021, SMK Kolombong telah menerima lawatan daripada pihak Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Pejabat Pendidikan Daerah Kota Kinabalu dan Pegawai Perhubungan Sekolah. Pegawai Jabatan Pendidikan Negeri Sabah yang terlibat ialah Puan Kasmani binti Haji Kumit yang merupakan Ketua Penolong Pengarah, Unit Pembangunan Bakat Murid dan Encik Dino Shamsudin iaitu Penolong Pengarah Unit Hal Ehwal Murid. Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Kota Kinabalu yang hadir ialah Puan Nurhafizah dan Puan Saripah serta Pegawai Perhubungan Sekolah ASP Zulkifli. Pemantauan dilaksanakan bagi meninjau operasi di hari pertama pembukaan sekolah tahun 2021.

Leave a Reply

Proudly powered by Mohd Idremzizan