Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Kolombong telah mengadakan Taklimat Pemilihan Pakej Elektif Tingkatan 4 2021 bersama murid-murid Tingkatan 3 pada 3 Disember 2020 secara maya di Google Meet. Taklimat ini telah disampaikan oleh Guru Kaunselor Cikgu Saadiah Abu Bakar dan Cikgu Alinah binti Angati. Beberapa maklumat berkaitan pakej elektif dan mata pelajaran Tingkatan 4 bermula tahun hadapan dijelaskan dengan lebih terperinci untuk memudahkan murid membuat pilihan pakej elektif berdasarkan minat dan kemampuan mereka. Borang pemilihan pakej elektif tersebut perlu dilengkapkan dan dihantar ke sekolah selepas menerima keputusan Peperiksaan Akhir Tahun.
Posted inPPD KOTA KINABALU