SMK LIKAS, 21 November 2020 – Sekolah Menengah Kebangsaan Likas telah menganjurkan Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar 2019 secara maya (Live Youtube).

Majlis tersebut merupakan  kemuncak pengiktirafan pencapaian dan sumbangan kepada guru dan pelajar  SMK Likas diatas kecemerlangan yang telah dicapai. Usaha ini dilihat dapat meningkatkan pencapaian guru dan pelajar di dalam akademik  dan seterusnya menghargai sumbangan dan pencapaian mereka.

Sebanyak 8 anugerah  telah dianugerahkan kepada pelajar berdasarkan pencapaian akademik mereka. Anugerah –anugerah itu antaranya ialah Anugerah Pencapaian Subjek, Anugerah Pelajar Harapan, Anugerah Cemerlang PT3, Anugerah Cemerlang SPM dan beberapa anugerah lagi.

Antara objektif majlis ini adalah menghargai sumbangan dan pencapaian para pelajar dan guru dalam bidang akademik. Selain itu menarik minat lebih ramai  pelajar untuk meningkatkan pencapaian akademik mereka.

En. Roslan MD. Idris, Pengetua SMK Likas dalam ucapannya menyatakan, “kejayaan pelajar tidak akan dapat dicapai tanpa usaha gigih dan komitmen yang tinggi dalam kalangan pentadbir, guru-guru, ibu bapa dan yang utama, usaha pelajar itu sendiri”. Di samping itu, ia juga memperlihatkan bahawa permuafakatan sangat penting antara ibu bapa dan guru menerusi PIBG. Turut memberi ucapan dalam majlis tersebut adalah, Yang Dipertua PIBG SMK Likas, En. Hamdani Bin Amin.

Dalam majlis ini, pelajar Mohammad Haikal Bin Abdullah telah dipilih sebagai penerima Anugerah Pengetua 2019 menerima wang tunai dan sijil penghargaan.

Leave a Reply