Kita semua kini berada dalam fasa yang mencabar dimana terpaksa berdepan dengan peningkatan CoVID 19 yang membimbangkan. Walaupun sekolah ditutup, pembelajaran perlu terus dilaksanakan walau dengan apa cara sekalipun baik pembelajaran secara online mahupun offline iaitu pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR).
Oleh yang demikian, SK Tanjung Aru II telah membuat inisiatif menyediakan Modul Drive Thru bagi membantu murid untuk membuat latihan dirumah selain dari PdP online yang diberikan oleh guru-guru. Penyerahan Modul Drive Thru Kali Kedua telah diserahkan kepada wakil penjaga / ibubapa semua murid tahap 1 dan 2 pada 18 dan 19 Ogos 2020 bermula dari jam 8.30 pagi hingga 11.30 pagi. Antara objektif modul ini disediakan ialah murid akan menggunakan latihan yang terdapat di dalam modul ini semasa cuti sekolah semasa PKPB yang telah di isytiharkan oleh kerajaan selain untuk mengelakkan murid mengabaikan pelajaran di rumah.
Modul Drive Thru Kali Pertama telah dilaksanakan pada tanggal 1 dan 2 Julai 2020