Majlis lambaian kasih, Budi dikenang Bakti dijulang ini disambut pada 5 Oktober 2020 yang lalu. Sambutan dengan suasana meriah tetapi masih mengikut SOP yang ditetapkan. Majlis tersebut telah dihadiri oleh kira-kira 20 orang guru, wakil PIBG, wakil daripada Pejabat Pendidikan Daerah Kota Kinabalu, Ahli Lembaga Pengurusan Sekolah,dan bakal Guru Besar yang baharu.
Majlis ini didahului dengan ucapan Pemangku Guru Besar Datin Hayati Ahmad yang mengundang suasana sedih kerana sekolah kehilangan Guru Besar yang membawa banyak perubahan kepada sekolah dari segi pembangunan mahupun pencapaian akademik. Beliau juga digelar Bapa Pembangunan Sekolah. Majlis diteruskan lagi dengan ucapan wakil daripada Lembaga Pengurusan Sekolah Encik Daniel Tan. Dalam ucapan tersebut, En Daniel Tan telah memuji banyak usaha yang telah dilakukan sepanjang beliau menjadi Guru Besar. Seterusnya ucapan daripada wakil Pejabat Pendidikan Daerah Kota Kinabalu En Bunsu bin Gaga Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah yang juga menghuraikan sikap tegas dan dedikasi Guru Besar yang menjadi bualan di Pejabat Pendidikan Daerah Kota Kinabalu.
Majlis diteruskan dengan ucapan persaraan guru besar. Ucapan beliau merangkumi perasaan beliau sepanjang 3 tahun menjadi guru besar dengan pelbagai dugaan. Majlis diteruskan dengan tayangan slide show sepanjang 3 tahun beliau berkhidmat di SRK Sacred Heart. Seterusnya dijalankan sesi memotong kek persaraan, jamuan,sesi memberi hadiah,sesi bergambar dan akhir sekali punch card terakhir daripada guru besar.