01 Ogos 2020 (Sabtu) – Ibadah Qurban anjuran Panitia Agama Islam bersama PIBG SK Tobobon telah berjaya dijalankan untuk kali yang ke 7. Sebanyak 4 ekor lembu yang telah dikorbankan pada hari tersebut. Peserta qurban terdiri daripada guru-guru dan staf SK Tobobon, mantan guru besar dan mantan guru SK Tobobon serta PIBG. Turut serta menjayakan majlis tersebut En Zainuddin   Bin Saifuddin selaku YDP PIBG SK Tobobon juga merupakan salah seorang peserta qurban. Penyembelih lembu juga merupakan mantan YDP PIBG , iaitu Tuan HJ. Iman Azlan. Daging korban diagihkan kepada peserta, guru-guru, staf dan masyarakat setempat. Selain daripada itu, daging tersebut juga telah dimasak untuk jamuan peserta dan petugas yang telah menjayakan majlis tersebut. Program ini juga merupakan acaran tahunan SK Tobobon.

Please follow and like us:

Leave a Reply