JUNIOR INNOVATE 2019 GRAND FINALE

Dalam pertandingan Junior Innovate National Competition 2019, 15 kumpulan murid yang memenangi pingat emas di peringkat negeri dari seluruh Malaysia telah berjaya ke peringkat kebangsaan di mana pertandingan Junior Innovate peringkat kebangsaan ini diadakan pada 2 hingga 3 November di SPICE Arena, Pulau Pinang (sempena dengan Penang International Science Fair).  Program  ini  bertujuan  memperkukuhkan  minat  murid  terhadap  bidang  sains, teknologi , kejuruteraan dan matematik (STEM) .

 

Dengan bangganya, tahun ini SJK(C) Lok Yuk Menggatal telah berjaya memenangi pingat emas(Tempat Pertama) yang merupakan salah satu pasukan mewakili negeri Sabah.  Pasukan dari SJK(C) Lok Yuk Menggatal iaitu Team Alpha (Ketua Kumpulan : Rafiq Ezzekiel, Ahli : Maasyah Adlina)  atas bimbingan Cikgu Yii Chi Sing dan guru pengiring Cikgu Lo Shiau Yen, mereka telah berjaya  memenangi pingat emas ketika pertandingan Junior Innovate peringkat negeri di SKC Anglo Chinese pada 28 September 2019. kemudian, pasukan Alpha telah menjadi salah satu pasukan yang berpeluang dan bersaing untuk mewakili Sabah(antara 6 pasukan dari seluruh Sabah) menyertai Pertandingan Junnior innovate peringkat kebangsaan dengan syarat menghasilkan satu video tentang  projek mereka.

 

Sebelum pertandingan Junior Innovate peringkat kebangsaan, pasukan Alpha menerima nasihat dari pengadil untuk membuat penambahbaikan projek. Akhirnya, atas usaha persembahan murid dan keunikan projek, pasukan Alpha telah berjaya mencapai kejayaan iaitu mendapat pingat emas dalam pertandingan Junior Innovate peringkat kebangsaan 2019 pada 3 November di SPICE Arena, Pulau Pinang.

Spread the love

Leave a Reply

Please Login to comment
  Subscribe  
Notify of