Jawatankuasa Korban SMKL dengan kerjasama Jawatankuasa Surau Nurul Iman telah mengadakan Solat Sunat Aidil Adha dan Korban pada 11 Ogos 2019 (Ahad) di Smk Likas. Majlis dimulai dengan Solat Sunat Aidil Adha pada jam 7.30 pagi. Acara Sembelihan pula pada jam 8.30 pagi.

Aktiviti korban 3 ekor lembu telah berjalan dengan lancar hasil kerjasama para guru, ibu bapa dan pelajar.

Semoga ibadah ini diterima Allah dan merapatkan ukhuwwah sesama kita.

“Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak adam pada hari al-Nahr (Raya Aidiladha) yang lebih dicintai oleh Allah selain daripada menumpahkan darah (binatang korban). Sesungguhnya ia akan datang pada hari Kiamat dengan tanduknya, bulunya dan kukunya dan sesungguhnya darah tersebut akan sampai kepada redha Allah SWT sebelum ia jatuh ke bumi. Maka, bersihkanlah jiwa kamu (dengan berkorban).” [Riwayat al-Tirmizi (1493)]

 

Leave a Reply