KOLOKIUM KAJIAN TINDAKAN SEKOLAH MENENGAH DAERAH KOTA KINABALU 2019

24 OGOS 2019 – Tahniah diucapkan kepada SMK Taman Tun Fuad kerana telah berjaya mengadakan Kolokium Kajian Tindakan Sekolah Menengah Daerah Kota Kinabalu 2019 ,sekaligus telah merealisasikan amanah yang diberikan oleh PPD Kota Kinabalu dengan cemerlang.  Kolokium tersebut telah diadakan di  Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Negeri Sabah. Perasmian kolokium tersebut telah disempurnakan oleh Encik Ismail Ali Hassan (Ketua Unit Sains & Kemasyarakat PPDKK). Seramai 15 orang pembentang telah membentangkan kajian tindakan masing-masing. Ucap utama kolokium telah disampaikan oleh Dr Shukiman  Sukardi , Pensyarah IPG Gaya Kota Kinabalu. Turut hadir Pn Hjh Wanihim, PPD Tuaran yang juga mantan pengetua SMK Taman Tun Fuad, wakil PPD Penampang Pn Marcella Germaine dan Encik Azmy Ahmad, Pegawai Teknologi Pendidikan, BTPN Sabah.

 

 

Spread the love

Leave a Reply

Please Login to comment
  Subscribe  
Notify of