Tarikh : 17 – 21 Jun 2019 (Isnin – Khamis)
- Pelancaran Minggu Akademik SMK Likas disempurnakan oleh En Roslan Bin Md. Idris, Pengetua SMK Likas dengan memotong riben dan paluan kompang daripada pelajar asrama SMK Likas.
- Aktiviti yang dijalankan adalah melibatkan empat bidang iaitu Bidang Bahasa, Bidang Sains Sosial, Bidang Sains dan Matematik dan Bidang Teknik dan Vokasional termasuklah Tingkatan 6. Beberapa aktiviti telah dirancang oleh setiap bidang seperti:
- Taklimat PT3 Geografi (Kerja Kursus)
- Pertandingan Sudoku
- Bengkel Penghasilan Nota Ringkas Tingkatan 3
- Bengkel Menjawab Kertas 1 Bahasa Inggeris
- Pameran Arduino
- Tayangan Video dan Pameran Sejarah
- Permainan Tradisional, Kuiz Online, Pameran dan World Architecture
- Pertandingan Sketching dan Rendering Reka Bentuk Produk
- Ceramah Skor A Tasawwur Islam
- Cari Gali Maklumat untuk Tingkatan 3
- Ceramah Matematik Tingkatan 3
- Grammar Quiz
- Program Motivasi SPM Bersama MSU
- Pertandingan Ball Launcher Challenge
- Eco in Lifw
- Pertandingan Sahibba
- Kuiz Sains
- Debat Milinea/Mutawif Junior
- Pertandingan Kuiz Peribahasa
- Pertandingan Islamic Buskers/Nasyid
- Pertandingan Teka Silang Kata RBT
- Upcycled/Ecobrick
- Pertandingan Wordsearch Puzzle
- Tamu Matematik dan Sains
- Aktiviti Sains Sukan
- Pertandingan Menghasilkan Stepping Stone
- Ceramah Alam Sekitar
- Bengkel Teknik Menjawab BM SPM
- Tayangan Video Mewarna dan Melukis
- Bengkel Teknik Menjawab ICT
- Semua pelajar digalakkan mengambil bahagian dalam pertandingan sepanjang minggu akademik ini berlangsung.
- Manakala, Majlis Penutupan Minggu Akademik 2019 telah diadakan pada 21 Jun 2019. Sebelum majlis bermula, pelajar berkumpul di dataran terbuka.
- Acara dimulakan dengan penyampaian hadiah kepada para pelajar yang memenangi acara atau pertandingan yang diadakan. Setiap bidang telah menyediakan hadiah kepada semua pelajar yang menyertai.
- Seterusnya, satu persembahan Buskers/Nasyid iaitu kumpulan Intifada yang menyampaikan sebuah lagu ketuhanan bertajuk Redha. Kumpulan ini telah mendapat tempat pertama semasa Pertandingan Islamic Buskers anjuran Panitia Pendidikan Islam.
Majlis diteruskan dengan Ucapan perasmian penutupan Minggu Akademik oleh tuan pengetua dan akhir sekali tayangan multimedia yang telah disediakan oleh Unit ICT SMK Likas.




