Pada 10-12 Julai 2019 yang lalu, Pertandingan Softball Peringkat MSSN Sabah telah berlangsung di SK ST Patrick, Tawau.  Dalam pertandingan tersebut, seramai 11 orang pelajar dari SMK Bandaraya telah terpilih mewakili Kontingen Barat iaitu gabungan sekolah dari Kota Kinabalu, Penampang dan Tamparuli. Pencapaian kumpulan softball ini telah membanggakan semua warga sekolah dimana pasukan lelaki 18 tahun dan ke bawah telah mencapai Naib Johan.  Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua pelajar dan guru yang terlibat.

Gambar 1: Barisan pasukan softball lelaki bawah 18 tahun yang telah mendapat Naib Johan

Gambar 2: Kumpulan softball dari SMK Bandaraya bergambar kenangan bersama guru pengiring Cikgu Adeline

Gambar 3: Penyampaian sijil kepada pemain softball bersama Pentadbir sekolah

Leave a Reply

Proudly powered by Mohd Idremzizan