12-14 APRIL 2019: KUALA LUMPUR- Telah berlangsung majlis penganugerahan bagi  penerima Anugerah Ikon Inovasi Kategori Mentor anjuran International Innovation, Creativity and Technology Exhibition i2CreaTE2019 di Hotel Seri Pasifik Kuala Lumpur dan salah seorang penerimanya adalah Cikgu Hanita Ladjaharun daripada SMK Bandaraya KK. Majlis penganugerah disempurnakan oleh DYTM Raja Muda Perlis. Program ini disertai lebih 1000 orang murid sekolah rendah, menengah dan pelajar universiti dari dalam dan luar negara. Antara negara terlibat seperti Canada, Korea Selatan, India, Thailand, Indonesia dan Brunei.

Cikgu Hanita Ladjaharun sememangnya layak bergelar Ikon kerana telah mengumpul lebih 50 kejayaan inovasi di pelbagai peringkat termasuk peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Seluruh warga sekolah merasa amat berbangga dengan semua kejayaan beliau yang dalam masa sama   telah mengharumkan nama sekolah dan JPN Sabah di persada antara bangsa. Setinggi-tinggi tahniah diucapkan.

Cikgu Hanita Ladjaharun: Bergambar kenangan di Majlis Anugerah Ikon Inovasi Kategori Mentor anjuran International Innovation, Creativity and Technology Exhibition i2CreaTE2019 di Hotel Seri Pasifik Kuala Lumpur

Leave a Reply

Proudly powered by Mohd Idremzizan