10 Januari 2025 – Gerakan Kepimpinan Madani Peringkat SMK Taman Tun Fuad telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Tun Fuad, SMK Taman Tun Fuad, Kota Kinabalu. Program ini telah dihadiri oleh En. Mohd Kamal bin A. Hamid, Ketua Sektor, Sektor Psikologi & Kaunseling, Pejabat Pendidikan Daerah Kota Kinabalu.
Objektif program ini antaranya meningkatkan kesedaran terhadap isu salah laku dan jenayah seksual di sekolah serta memastikan tindakan tegas diambil bagi menangani isu ini.
Penganjuran program ini merupakan usaha untuk menghapuskan budaya buli dan jenayah seksual dalam kalangan murid demi mewujudkan persekitaran pembelajaran yang selamat, inklusif dan saling menghormati.