29 Nov 2024- Majlis Peluncuran Kit Atur Gerak Duta Sahsiah peringkat sekolah telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Tun Fuad, SMK Taman Tun Fuad. Program ini bertujuan untuk memperkukuhkan kerjasama antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam mencegah salah laku disiplin pelajar.
Program ini melibatkan pelantikan murid sebagai Duta Sahsiah, iaitu individu yang memenuhi kriteria akademik, sahsiah, dan sosial terbaik untuk menjadi teladan kepada rakan sebaya. Peluncuran ini juga memperkenalkan garis panduan salah laku seksual dan buli di institusi pendidikan sebagai usaha mendidik pelajar agar menghindari perilaku tidak bermoral dan menyalahi undang-undang.
Objektif peluncuran Kit Atur Gerak Duta Sahsiah Perkasakan Karakter Karamah Insaniah Peringkat Sekolah Tahun 2024 adalah untuk membentuk sahsiah peribadi yang baik dalam kalangan murid serta  membangunkan modal insan yang dapat mencorak negara.
Peluncuran ini dirasmikan oleh Puan Halija binti Hj. Jonggang, Pengetua SMK Taman Tun Fuad turut disertai oleh ASP Mohd Khairul Anuar bin Pak Dek, Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS). Melalui majlis ini, seorang murid tingkatan 5 Bestari iaitu Muhammad Ryan Rafique bin Saifunnahar telah dilantik sebagai Duta Sahsiah peringkat SMK Taman Tun Fuad. Semoga karakter karamah Insaniah yang ditonjolkan oleh Duta Sahsiah ini, mampu memberi impak positif kepada murid-murid lain di SMK Taman Tun Fuad.