Hari Apresiasi Kokurikulum dan Hal Ehwal Murid SMK Taman Tun Fuad Tahun 2024/2025

Hari Apresiasi Kokurikulum dan Hal Ehwal Murid SMK Taman Tun Fuad Tahun 2024/2025

8 November 2024 – Hari Apresiasi Kokurikulum dan Hal Ehwal Murid SMK Taman Tun Fuad telah dilaksanakan bertempat di Dewan Tun Fuad. Antara objektif program ini dijalankan ialah memberi penghargaan kepada murid yang cemerlang dalam pelbagai aktiviti kokurikulum seperti sukan, kelab, persatuan, dan unit beruniform serta dalam aspek disiplin dan kepimpinan, menggalakkan murid untuk terus aktif melibatkan diri dalam kegiatan kokurikulum, di samping menyemai semangat persaingan yang sihat dan usaha gigih untuk mencapai kecemerlangan, membentuk sahsiah yang positif melalui penyertaan dalam aktiviti kokurikulum, di mana murid dapat mengasah bakat kepimpinan, disiplin, semangat kerjasama, dan rasa tanggungjawab, menguatkan hubungan antara pihak sekolah dengan ibu bapa serta komuniti setempat, yang mana sokongan mereka amat penting dalam pembangunan sahsiah dan akademik murid, mengiktiraf peranan guru, pembimbing, dan semua pihak yang terlibat dalam membimbing murid ke arah kecemerlangan dalam kokurikulum serta membentuk jati diri murid, menanamkan minat dan kesedaran tentang kepentingan kokurikulum dalam kalangan murid sejak di bangku sekolah, bagi membantu mereka mencapai keseimbangan antara kecemerlangan akademik dan sahsiah diri, membantu murid mencapai potensi diri sepenuhnya melalui penyertaan aktif dalam pelbagai aktiviti yang menyumbang kepada pembangunan fizikal, mental, emosi, dan sosial secara menyeluruh, dan membudayakan amalan KBAT dalam pengurusan program sekolah.

Majlis yang bertemakan “Kecemerlangan, Membina Generasi MADANI” ini dirasmikan oleh Dr. Murni @ Morni bin Kambrie, Yang Di Pertua PIBG SMK Taman Tun Fuad dan turut dimeriahkan oleh Timbalan Yang Di Pertua PIBG, barisan pentadbir sekolah, guru-guru dan semua murid. Antara pengisian program ialah penyerahan tugas pemimpin murid Sesi 2025/26, penyampaian anugerah Hal Ehwal Murid dan Kokurikulum, persembahan tarian murid tingkatan 5, persembahan tarian sambut tamu (tarian igal-igal oleh murid PPKI), persembahan nasyid oleh Kumpulan Soutul Fuad, dan penyampaian Anugerah Khidmat Bakti Cemerlang. Program ini diharapkan akan dapat meningkatkan semangat murid khususnya meningkatkan pencapaian dalam bidang Kokurikulum dan Hal Ehwal Murid sekaligus membentuk kemenjadian murid yang lebih seimbang dalam pelbagai aspek.

Ucapan aluan Pn. Halija Bt. Hj. Jonggang, Pengetua SMK Taman Tun Fuad
Ucapan perasmian oleh Dr. Murni @ Morni Bin Kambrie, Yang Di Pertua PIBG, SMK Taman Tun Fuad
Bacaan doa dipimpin oleh En Amir Bin Muharam, Ketua Bidang Sains dan Matematik
Persembahan tarian daripada murid-murid Tingkatan 5
Persembahan nasyid oleh kumpulan “Soutul Fuad”
Persembahan tarian “Igal-igal” daripada murid PPKI
Penyerahan tugas pemimpin murid
Penyerahan tugas pemimpin murid
Penyerahan tugas pemimpin murid

Penyampaian anugerah kategori murid
Penyampaian anugerah kategori murid PPKI

Penyampaian anugerah kategori guru

Penyampaian anugerah kategori pemimpin murid
Kumpulan nasyid “Soutul Fuad” dan kumpulan penyambut tamu
Perasmi menandatangani buku pelawat

Perasmi bergambar kenangan bersama pentadbir sekolah, guru-guru dan murid-murid

 

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply