13 Julai 2024 – Gotong-royong Madani peringkat SMK Taman Tun Fuad Tahun 2024 anjuran Unit Hal Ehwal Murid dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Unit 3K dan SERASI SMK Taman Tun Fuad telah dijalankan. Antara objektif program ini dijalankan ialah untuk memperbaiki laluan alternatif keluar sekolah, membersihkan dan menceriakan kawasan sekolah, mengemaskini papan kenyataan, mengeratkan silaturahim dan perpaduan dalam kalangan guru, AKP dan ibu bapa serta membudayakan amalan KBAT dalam pengurusan aktiviti sekolah. Sokongan padu daripada semua guru, AKP, murid, ahli jawatan kuasa tertinggi PIBG, bapa atau penjaga murid, pekerja pembersihan sekolah, dan kakitangan DBKK telah membantu menjayakan program ini. Antara aktiviti yang dijalankan ialah gotong-royong membersihkan kawasan keseluruhan sekolah termasuk taman angkat unit-unit beruniform, mengemaskini papan-papan kenyataan, dan menaiktaraf kawasan parkir serta laluan alternatif keluar sekolah. Diharapkan aktiviti ini akan terus mendapat sokongan padu daripada semua pihak demi mewujudkan kawasan persekitaran sekolah yang kondusif, bersih dan selamat untuk kegunaan warga sekolah.