Kejohanan Sukan Balapan dan Padang SMK Taman Tun Fuad Kali Ke-22 Tahun 2024

Kejohanan Sukan Balapan dan Padang SMK Taman Tun Fuad Kali Ke-22 Tahun 2024

17 dan 18 Julai 2024 – Kejohanan sukan padang dan balapan kali ke-22 tahun 2024 telah berlangsung bertempat di padang SMK Taman Tun Fuad dan Stadium Penampang. Majlis gilang-gemilang ini telah dirasmikan oleh Dr Mornie Kambrie, Yang Di Pertua PIBG SMK Taman Tun Fuad. Turut hadir memeriahkan kejohanan ini ialah barisan AJK Tertinggi PIBG dan para ibu bapa murid. Kerjasama serta silaturrahim antara guru, AKP dan juga murid dapat dilihat apabila persaingan sihat berlaku dalam aspek pungutan markah dan usaha mendapatkan tempat terbaik untuk rumah sukan masing-masing dan juga persaingan hebat dalam pertandingan perbarisan antara rumah sukan.

Antara objektif kejohanan ini dijalankan ialah untuk melahirkan warga murid yang mempunyai sifat berdaya saing dalam pelbagai aktiviti di sekolah, mencungkil bakat murid dalam acara sukan sekolah dan dalam bidang kokurikulum di peringkat daerah, bahagian dan negeri, memberi peluang kepada murid untuk mendapat markah penilaian yang baik dalam kokurikulum di sekolah, memberikan keutamaan dan merapatkan hubungan ukhuwah dalam kalangan warga murid melalui kegiatan sukan dan memupuk budaya bersukan agar menjadi amalan gaya hidup sihat dan mengamalkan budaya KBAT dalam aktiviti pengurusan sukan tahunan.

Pertandingan ini adalah melibatkan empat Rumah Sukan iaitu Rumah Biru, Rumah Merah, Rumah Kuning dan Rumah Hijau mengikut 5 kategori iaitu L18TKB (Lelaki Bawah 18 Tahun), P18TKB (Perempuan Bawah 18 Tahun), L15TKB (Lelaki Bawah 15 Tahun), P15TKB (Perempuan Bawah 15 Tahun) dan PPKI. Adalah menjadi harapan pihak sekolah agar program ini dapat mencungkil bakat dan potensi murid untuk diketengahkan dalam kejohanan sukan di peringkat yang lebih tinggi.

Upacara bacaan ikrar di kendalikan oleh En Tonny Tawin, Penolong Kanan PPKI

Acara lompat jauh
Acara lontar peluru
Pendaftaran peserta
Pn Halija Hj Jonggang, Pengetua SMKTTF menyampaikan ucapan
Penyampaian cenderahati kepada Pn Mangit merangkap hakim perbarisan
Penyampaian cenderahati kepada En Razisahmad merangkap hakim perbarisan

Dr Mornie Kambrie, Yang Di Pertua PIBG merasmikan Kejohanan Sukan Padang dan Balapan Kali ke-22
Perasmi, pengetua dan barisan tertinggi PIBG bersama pasukan Rumah Biru Bayu
Johan keseluruhan Kejohanan Sukan Padang dan Balapan Kali ke-22 Rumah Biru Bayu
Johan perbarisan Kejohanan Sukan Padang dan Balapan Kali ke-22 Rumah Merah Bara
Perasmi, pengetua dan barisan tertinggi PIBG bersama pasukan Hijau Tropika
Perasmi, pengetua dan barisan tertinggi PIBG bersama pasukan Kuning Di Raja
Perasmi, pengetua dan barisan tertinggi PIBG bersama pasukan Merah Bara
Perasmi, pengetua dan barisan tertinggi PIBG bersama pasukan PPKI
Perasmi, pengetua dan barisan tertinggi PIBG bersama pasukan yang mewakili sekolah dalam perbarisan MSSD
Perasmi bersama barisan AJK Tertinggi PIBG, barisan pentadbir sekolah dan mantan guru SMKTTF yang merangkap hakim perbarisan
Acara lompat tinggi
Acara rejam lembing

Acara larian

 

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply