Peribahasa “Usaha tangga kejayaan” amat sesuai dijadikan panduan kepada anak-anak murid SJK ( C ) St.James yang mengambil kad laporan prestasi pada 29 Jun 2024 ( Sabtu). Usaha anak murid yang telah bertungkus lumus membuat ulang kaji demi menempuh cabaran Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) telah direkodkan dalam kad laporan prestasi ini.
Maka, tidak kurangnya kehadiran ibu bapa yang hadir pada hari tersebut bagi mengambil peluang berinteraksi dengan guru kelas anak-anak mereka yang tercinta. Program ini juga membantu guru-guru dan ibu bapa mengambil peluang berkongsi masalah dari segi pembelajaran dan emosi anak-anak semasa PdP dilaksanakan. Intervensi seperti program Jom Zero Bahasa Cina dan Bahasa Melayu juga disarankan bagi membantu anak-anak mereka yang tidak mencapai tahap prestasi yang tidak menberangsangkan dalam mata pelajaran Bahasa Cina dan Bahasa Melayu.
Hari tersebut juga dimeriahkan lagi dengan kehadiran pelbagai kiosk. Antaranya ialah seperti kaunter jualan alat tulis, Besta, Kindle Mind, Stiker nama, komunikasi dan batik DIY. Selain itu, kiosk makanan seperti Yakult, kuih nyonya, Shan Shui Tofu, Momo, Noms dan Uncle Bob juga mendapat sambutan hangat daripada ibu bapa dan murid-murid . Murid-murid dan ibu bapa juga tidak melepaskan peluang dalam membuat amal dengan adanya kiosk buku terpakai.
Diharapkan hari interaksi ini akan berterusan pada masa hadapan bagi memberi peluang pendekatan yang lebih bermakna di antara guru-guru dan ibu bapa.