Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) PIBG SMK Taman Tun Fuad Kali ke-22

Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) PIBG SMK  Taman Tun Fuad Kali ke-22

8 Julai 2023 – Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) PIBG Kali ke-22 telah dilaksanakan di dewan SMK Taman Tun Fuad, Kota Kinabalu. Antara objektif program ini ialah untuk memberi peluang kepada ibu bapa dan guru berbincang antara satu sama lain berkenaan dengan cara memperbaiki taraf pendidikan anak-anak mereka pada amnya, memaklumkan segala aktiviti atau program yang telah diadakan oleh pihak sekolah kepada ibu bapa atau penjaga, dan membudayakan pengurusan KBAT dalam jawatankuasa PIBG sekolah. Program yang dirasmikan oleh Pengetua SMK Taman Tun Fuad, Pn Halija Bt Hj Jonggang mewakili PPD Kota Kinabalu, En Suhaimi Bin Hj Matshah ini turut dihadiri oleh ibu bapa, pentadbir, serta guru-guru SMK Taman Tun Fuad. Antara pengisian mesyuarat ini ialah program Sarana Ibu Bapa iaitu ceramah yang bertajuk “Cabaran Ibu Bapa Di Zaman Digital : Apa Yang Harus Dilakukan?” yang disampaikan oleh Pn Hjh Faridah Bt DSP Abu Bakar Titingan, cabutan tiket bertuah, pembentangan aktiviti tahunan 2022/2023, pembentangan usul 2023, pembubaran AJK PIBG sesi 2022/2023 dan pengumuman AJK baharu bagi sesi 2023/2024.

Barisan exco PIBG sesi 2023/2024
Ceramah disampaikan oleh Pn Hjh Faridah DSP Abu Bakar Titingan
Ucapan YDP PIBG 2022/2023, Pn Aryanie Bt Arshad
Ucapan perasmian disempurnakan oleh Pn Halija Bt Hj Jonggang, Pengetua SMK Taman Tun Fuad.
Antara Ibu Bapa yang hadir

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply