Gotong-royong Perdana Program 3K Peringkat SMK Taman Tun Fuad 2023 Anjuran Bersama Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG), Unit 3K Dan Unit SERASI SMK TAMAN TUN FUAD

Gotong-royong Perdana Program 3K Peringkat SMK Taman Tun Fuad 2023 Anjuran Bersama Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG), Unit 3K Dan Unit SERASI SMK TAMAN TUN FUAD

Pada 13 Mei 2023 bersamaan hari sabtu, SMK Taman Tun Fuad telah melakar peristiwa Muhibbah dengan mengadakan Gotong Royong Perdana dan Program 3K iaitu jalinan kerjasama antara Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) ,Unit 3K serta Unit SERASI SMK Taman Tun Fuad. Program ini bermula pada pukul 7.00 pagi dan ditamatkan pada jam 11.00 pagi. Pelaksanaannya melibatkan semua warga sekolah dan agensi luar iaitu ibu bapa , Guru I, Anggota Kumpulan Pelaksana sekolah (AKP) , Pekerja pembersihan /Tukang kebun , Pekerja kantin ,Pengawal keselamatan , Dewan Bandaraya Kota Kinabalu dan Agensi luar lain.

Program Gotong Royong Perdana dan Program 3K ini dilaksanakan bagi menaiktaraf keceriaan, kebersihan dan keselamatan kawasan sekolah. Fokus utama ialah untuk menghapuskan kawasan pembiakan nyamuk ,  membersihkan Kawasan perparitan dan membaiki Kawasan berpagar yang rosak/telah roboh, serta keceriaan Kawasan taman-taman angkat unit beruniform dan taman-taman angkat kelab/ persatuan.  Antara taman-taman angkat yang terlibat termasuklah Taman  Kembara, Taman Teduhan Mentari, Taman Ros, Taman Tropika, Taman Herba dan Refleksologi, Taman Gantung Gemilang,’Rock Garden’ , Taman Anjung Heloconia, Taman Saujana, Taman Simbiosis, Taman Air & Caladium, Taman Bakti, Taman Bunga Ati-Ati,Taman Muafakat dan Taman Lata Fuad. Aktiviti ini diharap dapat menyediakan persekitaran yang selamat, bersih dan ceria kepada pelajar dan warga sekolah.

Pihak sekolah amat menitik beratkan keselamatan murid di sekolah. Justeru itu, perancangan dan pembahagian tugas telah diatur rapi untuk menaik taraf keselamatan di Kawasan sekolah. Antaranya   membuat sempadan terkini dengan menyukat laluan bagi meletakkan pagar di beberapa kawasan yang telah dikenalpasti pagarnya telah roboh serta membuat tapak baru bagi tempat meletakkan kenderaan ibu bapa. Akhirnya keseluruhan program ini dapat menerapkan dan membudayakan amalan KBAT dalam pengurusan aktiviti sekolah.

Gotong royong membersih, menceria dan memulihara taman Sustainale Garden pula, melibatkan aktiviti membuat cerun teres di Kawasan bukit penanaman nenas . Gotong royong serta kerjasama padu guru-guru wanita juga telah Berjaya menceriakan papan kenyataan 14 R . Selain itu, Kerja mengecat tayar-tayar bunga yang warnanya sudah tidak menarik juga berjaya dilaksanakan.

Aktiviti ini mendapat sokongan padu daripada semua ibu bapa, warga SMK Taman Tun Fuad serta pihak DBKK. Sesungguhnya Kerjasama ini,  dapat mengeratkan hubungan pintar antara semua pihak. Program ini  juga dapat mewujudkan kawasan persekitaran sekolah yang bersih, selamat dan ceria untuk kebaikan semua warga SMK TTF khasnya untuk para pelajar dan sebagai persiapan penilaian Pertandingan Wira SERASI Kategori Sekolah Menengah yang merupakan ‘bench marking’ sekolah.

 

 

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply