Ihya Ramadhan @ SMK Taman Tun Fuad

Ihya Ramadhan @ SMK Taman Tun Fuad

14 April 2023 – Bulan Ramadhan adalah bulan yang penuh dengan keutamaan dan kebesaran bagi umat Islam dan di bulan ini Allah memberikan pahala yang berlipat kali ganda dan rezeki yang lebih. Oleh itu, Panitia Pendidikan Islam SMK Taman Tun Fuad telah menganjurkan Majlis Khatam Al-Quran dan Bingkisan Kasih Ramadhan yang diadakan serentak hari ini. Majlis Khatam Al-Quran ini telah dirasmikan oleh Puan Halija Binti Hj Jonggang, Pengetua SMK Taman Tun Fuad.Turut hadir dalam majlis ini ialah Encik Selabi bin Mohammad, Pengurus Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPIEM) Sabah Dan Sarawak. YaPIEM telah memberikan sumbangan duit raya kepada 200 orang murid Muslim SMK Taman Tun Fuad. Pada hari ini juga telah diadakan ceramah Nuzul Al-Quran, agihan bantuan baju raya sumbangan Ikram Kota Kinabalu, MyCare dan Belia Harmoni Alamesra, sumbangan Bingkisan Kasih Ramadhan kepada murid-murid asnaf dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) sekolah. Di samping itu, antara program lain yang telah diadakan sepanjang bulan yang mulia ini juga ialah Program Ceramah Ihya Ramadhan, majlis berbuka puasa (Iftar), Program Tadarus guru dan murid.

Setinggi-tinggi penghargaan dirakamkan kepada semua pihak yang telah bertungkus-lumus memastikan program ini dapat dilaksanakan dengan lancar. Tahniah juga diucapkan kepada semua peserta yang terlibat. Semoga program seumpama ini dapat dilaksanakan lagi pada masa hadapan dengan penglibatan lebih ramai warga sekolah.

 

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply