PROGRAM PERTUKARAN MURID PUPUK PERSEFAHAMAN KEBUDAYAAN DAN BAHASA

PROGRAM PERTUKARAN MURID PUPUK PERSEFAHAMAN KEBUDAYAAN DAN BAHASA

15 November 2022 – Program pertukaran murid adalah inisiatif terbaik ke arah memupuk persefahaman kebudayaan antara masyarakat berlainan bangsa dan agama daripada pelbagai negara. Maka, SJK (C ) St.James juga tidak ketinggalan dalam mengadakan program pertukaran murid dengan negara Korea secara atas talian.

Program ini berlangsung selama dua bulan ( Oktober-November). Perjumpaan pertama dan kedua telah diadakan pada 20 Oktober dan 9 November 2022.

Seramai 40 orang murid dari kelas 4A (SJK( C ) St.James dan seramai 23 orang murid dari Korea telah terlibat dalam program ini.

Program ini bertujuan untuk mendedahkan murid dalam integrasi penggunaan Bahasa Inggeris , Bahasa Malaysia dan Bahasa Korea di antara satu sama lain di samping memahami budaya negara masing-masing.  Semoga program ini akan diteruskan untuk manfaat kepada murid-murid sekolah pada masa hadapan!

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply