15 Oktober 2022, Sabtu – SMK Bandaraya Kota Kinabalu telah menjadi tuan rumah peringkat Daerah Kota Kinabalu bagi Pertandingan Jom Masak bersama Sazarice 2022. “Gaya Hidup Sihat dengan Basmathi” menjadi tema pertandingan. Pertandingan ini dianjurkan oleh Sazarice Sdn. Bhd. dan Sabarice Sdn. Bhd. dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Sabah dan Pejabat Pendidikan Daerah Kota Kinabalu. Pertandingan ini disertai oleh 10 pasukan yang handal daripada sekolah-sekolah sekitar Kota Kinabalu.
Sekolah Sukan Malaysia Sabah berjaya memenangi tempat pertama, diikuti oleh SM ST Francis Convent dan SMK Likas Kota Kinabalu. Tempat keempat dan kelima, masing-masing dimenangi oleh SM Stella Maris dan SMK Bandaraya Kota Kinabalu. Penerima saguhati adalah daripada SMK Kolombong, SM Lok Yuk Likas, SM La Salle Tg. Aru, SMK Taman Tun Fuad dan SM ST Peter Telipok.