SPM ENGLISH 1119 WORKSHOP 2020

SPM ENGLISH 1119 WORKSHOP 2020

Pada 15 November 2020, SPM English 1119 Workshop 2020 telah dianjurkan oleh Panitia Bahasa Inggeris SMK Kolombong secara maya menggunakan pelantar media Google Meet. Bengkel ini disertai oleh 4 orang guru Bahasa Inggeris dan 20 orang murid SMK Kolombong. Ceramah telah disampaikan oleh Pemeriksa Kertas 2 SPM Bahasa Inggeris, Encik Mohd Nor Hazi bin Mat Yusof dan Guru Bahasa Inggeris, Cik Nur Hafizah binti Sahat. Guru dan murid diberikan penerangan dan pendedahan mengenai format peperiksaan dan sistem pemarkahan SPM Bahasa Inggeris Kertas 1 dan 2. Bengkel ini juga diadakan bagi memberikan persediaan kepada murid-murid yang bakal menghadapi Peperiksaan Percubaan SPM pada minggu hadapan. Semoga bengkel ini memberi manfaat kepada guru dan murid di sekolah ini.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply