SK TANJUNG ARU II SEBAGAI PENGELOLA KEJOHANAN RAGBI BAWAH 12 TAHUN DAN 18 TAHUN MSS SABAH DI SANDAKAN

SK TANJUNG ARU II SEBAGAI PENGELOLA KEJOHANAN RAGBI BAWAH 12 TAHUN DAN 18 TAHUN MSS SABAH DI SANDAKAN

Sekolah Kebangsaan Tanjung Aru II telah berjaya melaksanakan tanggungjawab sebagai pengelola Kejohanan Ragbi MSSDKK merangkap Ketua Kontinjen Ragbi bawah 12 tahun dan 18 tahun MSSDKK ke MSSS Sandakan pada 19 hingga 21 Februari 2020. Perlawanan ini telah dilaksanakan di Padang Kelab Ragbi Eagles (ERC) Sandakan. 3 orang murid dari SKTA II telah terpilih untuk mewakili pasukan Ragbi bawah 12 tahun iaitu Mohd Ar Basrah, Akmal Raif dan Muhd Naim dan ketiga-tiga mereka adalah murid tahun 5.

Perlawanan yang berlansung selama 3 hari ini telah membuahkan hasil apabila pasukan dari Kota Kinabalu iaitu bawah 12 tahun telah mendapat tempat ketiga manakala bawah 18 tahun telah menjadi johan keseluruhan. Hasil usaha penat lelah, sokongan serta dorongan dari semua pihak selain latihan yang berterusan serta doa yang mengiringi menjadi penyumbang kepada kejayaan. Semoga anak-anak ini terus mengekalkan kejayaan pada masa akan datang 🙂

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply