KURSUS ASAS SISTEM AUTOMASI PS SENTRAL GURU PERPUSTAKAAN DAN MEDIA (GPM) DAERAH KOTA KINABALU

KURSUS ASAS SISTEM AUTOMASI PS SENTRAL GURU PERPUSTAKAAN DAN MEDIA  (GPM) DAERAH KOTA KINABALU

6 Ogos 2020 – Seramai 33 orang GPM dari Daerah Kota Kinabalu dan Papar telah menyertai kursus Asas Sistem Automasi anjuran Kelab GPMKK dengan kerjasama PPD Daerah Kota Kinabalu.

Kursus yang diadakan di Pusat Sumber SK Kolombong ini menampilkan 3 orang penceramah iaitu Cikgu Intan Anak Engkasan dari SK Tg.Aru 2, Cikgu Nazri Salleh dari SMK Tun Fuad dan Ustazah Faizah Abd. Rahman dari SK Kolombong. Encik Adrian dan Puan Nooriah Salim turut hadir sebagai wakil PPDKK dan Pusat Kegiatan Guru Papar. Guru Besar SK Kolombong selaku tuan rumah juga hadir bersama.

Antara Objektif kursus memberi pendedahan tentang kelebihan sistem automasi dalam mendepani cabaran tugas seorang guru.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply