SJKC Che Hwa Kolombong telah menjadi tuan rumah sekali lagi bagi program English In Camp peringkat daerah Kota Kinabalu yang berlangsung pada 7 Mac 2020 (Sabtu). Sebanyak 27 buah Sekolah Rendah (SK) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) yang mengambil bahagian dalam program pada kali ini . Peserta turut dibimbing oleh ‘master trainers’ dan ‘junior master trainers’ yang terdiri daripada guru-guru dan murid-murid Sekolah Menengah St. Peter Telipok.

Dalam program ini, para peserta dinilai dari segi personaliti, komitmen dan kerjasama mereka  sepanjang aktiviti , sebelum mereka dinobatkan sebagai pemenang dalam kategori yang dipertandingkan.

Peserta yang terpilih sebagai ‘Best Campers for Kota Kinabalu District’ ialah adik Ryan dari SJK(C) St James, adik Darvin Thanapalan dari SJK(C) Che Hwa Kolombong, adik Nur Alya dari SK Seri Gaya dan adik Rene dari SK St. Francis Convent.

Majlis perasmian penutupan telah disempurnakan oleh guru besar SJK(C) Che Hwa Kolombong, Puan Yap Yuan Yi. Majlis berakhir kira-kira pada pukul 3.30 petang.

Tahniah diucapkan kepada para pemenang!

Leave a Reply

Proudly powered by Mohd Idremzizan